Thursday, November 12, 2009

PAS dedah hasil siasatan 'bai'ah talak' esok

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan hasil siasatannya berhubung dakwaan wujud bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga dalam PAS esok.

Pendedahan itu akan dibuat pada satu sidang media yang akan diadakan di bangunan PAS, Jalan Raja Laut jam 11.00 pagi.

Beliau sebelum ini telah diarah oleh Presiden Parti, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyiasat dakwaan terbaru itu setelah beberapa media perdana dan laman blog membangkitkan perkara tersebut.

Perkara itu didakwa timbul selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan beberpa blogger.

Kemudiannya mendapat liputan meluas sehingga PAS diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz serta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut menafikan dakwaan tersebut.

Ianya kerana Majlis Syura Ulama tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.

Mereka juga berpendapat, isu ini hanya sengaja dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan PAS. HarakahDaily

P/S Satu tindakan yang baik!

Tuesday, November 10, 2009

Bai'ah Pas sudah lama berlaku - Adnan

10/11/2009 4:24pm

KUANTAN 10 Nov. — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, amalan bai”ah atau akujanji di kalangan wakil rakyat PAS bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti bukanlah perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku.

Menurut Adnan, perkara itu diketahuinya sejak dua penggal pilihan raya umum yang lepas menerusi beberapa kenalannya daripada parti Pas yang menjadi wakil rakyat.

"Perkara ini perkara lama, terpulanglah kepada rakyat menilainya. Bai”ah itu meletakkan isteri sama dengan kerjaya politik, itulah rendahnya martabat wanita di kalangan kepimpinan Pas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Petrosains DinoTrek 2, di sini, hari ini.

Adnan secara sinis berkata, kepimpinan Pas tidak perlu risau wakil rakyat mereka akan keluar parti itu kerana mereka amat menyayangi isteri mereka.

"Saya pernah memujuk mereka (wakil rakyat terbabit) sertai Barisan Nasional, mereka kata tak boleh, kalau mereka keluar parti akan jatuh talak tiga, isteri mereka kena berkahwin dengan orang lain dulu sebelum dapat bersama semula dengan mereka,” katanya. - Bernama

P/S:- Ikut pengalaman tahun 1999-2003,takde lagi YB PAS keluar dari parti.Tgk kata Datuk Seri(hormat sebab dah tua)Adnan,perempuan ni sama rendah ngan politik.Jadi politik ni pada UMNO rendah lah.Mungkin cuma untuk cari makan je agaknya.Pada kami,politik adalah benda yg penting,kerana dengan kuasa kita boleh melaksanakan dasar,cara memerintah dan cara hidup.Tapi mungkin UMNO BN tak anggap politik utk semua ni.Mungkin utk makan pakai sahaja.Nabi dulu pun perlu kuasa untuk memerintah.Jadi politik ni penting lah!Amacam?

Inilah syarikat yang dijual dengan nilai 1 Euro oleh Proton

Castiglioni poses with the new MV Agusta F4 motorcycle in Milan.

Harley-Davidson to launch MV Agusta sale next week

MILAN, Nov 10 — Harley-Davidson will name the investment bank to handle the sale of its Italian motorbike unit MV Agusta next week, launching the sale process for the Italian company, MV Agusta’s Managing Director Enrico D’Onofrio said yesterday.

Harley-Davidson decided in October to sell MV Agusta to focus on its core brand only 14 months after buying the Italian company for €70 million (RM350 million).

“There’s a lot of interest, strategic investors, financial investors. There is a process of selection (for the buyer), he said on the sidelines of a new motorbike presentation.

“Next week the name of the investment bank to handle the sale should be revealed by Harley Davidson,” he added.

MV Agusta Chairman, and the company’s former owner, Claudio Castiglioni said it makes sense for Harley-Davidson to talk to him about the sale of the company because of his very strong links to MV Agusta and its workforce.

The links are good and we can do it quickly,” he said, referring to a sale of the company.

Castiglioni declined to say if he would buy the company on his own and said a serious group could do it. — Reuters

P/S :- Harley Davidson beli?Kenapa Proton tak maintain?Hahahahahahahah.1 Malaysia sudah kena tipu!!!!!!!!!!!

Sunday, November 8, 2009

SPRM tubuh pasukan khas

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau dan mengatasi kegiatan penyelewengan peruntukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada terus berlaku.

Ibu pejabat SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, pasukan khas yang dikendalikan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan itu akan menjalankan kajian menyeluruh berhubung peraturan, sistem, prosedur serta kawalan dalaman dalam perbelanjaan peruntukan ADUN dan Ahli Parlimen.

''Kajian itu dibuat bagi menutup peluang berlakunya jenayah rasuah,'' menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, tindakan tersebut adalah selari dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 7(c) Akta SPRM.

P/S/:Hah?Hahahahahahahahahahahahahahahahahhaha!!!!!!!!!!!!!!!

SEKILAS LAPORAN AUDIT BAGI NEGERI PAHANG

Teguran Jabatan Audit bagi Negeri Pahang kepada Pejabat SUK, melibatkan kenderaan rasmi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Sumber Laporan Audit 2008.

1. Pengisian Bahan Api Sebanyak Dua Kali Dalam Tempoh Masa Yang Singkat. 24 kes dikesan melibatkan 5 kenderaan kepunyaan kerajaan negeri. RM 5,211 duit rakyat disalahgunakan. (Lihat jadual di bawah.)
Sebagai contoh 6 daripada daripada 24 kes dilampirkan. Jadual dibawah membuktikan dakwaan tersebut. Tempoh pengisian minyak hanya berbeza 1 minit. Malah ada kes minyak diisi dua kali dalam minit yang sama. Penyelewengan itu hanya melibatkan stesyen minyak yang sama di Raub. (Lihat jadual di bawah.)2. Perolehan Bahan Api Yang Meragukan. RM574.53 lagi melayang. Rekod mendapati kenderaan itu hanya memasukkan minyak 1 liter tetapi harga yang di bayar melebihi RM 100. Juga melibatkan stesyen minyak yang sama tapi kali ini di Bentong. (Lihat jadual di bawah.)
3. Perolehan Bahan Api Melebihi Kapasiti Tangki Kenderaan. Proton perdana hanya mampu memuatkan kapasiti minyak sebanyak 64 liter, namun ada kenderaan milik kerajaan negeri yang mengisi sehingga 130 liter. Mungkin Proton Perdana milik kerajaan Negeri Pahang ni bertangkikan tangki traktor. (Lihat jadual di bawah.)



4. Kad Inden Bahan Api Masih Aktif Walaupun Kenderaan Telah Lama Dilupuskan. Ada kenderaan yang tak wujud namun rekod mendapati kenderaan itu masih mengisi minyak. Di Malaysia ni bukan sahja ada pengundi hantu, sekarang ni dan ada kereta hantu. (Lihat jadual di bawah.)


6. Kos Penyenggaraan Kenderaan Yang Tinggi. Kos penyelenggaraan lebih mahal dari harga kereta. Lihatlah no 1, Proton perdana di beli dengan harga RM 117.026, namun kos penyelenggaraannya selepas digunakan selepas 4 tahun berjumlah RM 171,888. (lihat jadual di bawah)

Beginilah pengurusan kewangan kerajaan negeri Pahang untuk tahun 2008 yang lalu. Seharusnya rakyat boleh menilai bagaimana wang rakyat sewenang-wenangnya dibazirkan.

Seharusnya Wakil Rakyat Pakatan Rakyat di Pahang lebih pro-aktif membawa isu ini dan apa sahaja isu lain dalam Dewan Undangan Negeri. Setiap sen duit rakyat yang hilang mesti dipersoalkan. Janganlah hendaknya YB PR menjadi tukang turut dan tukang urut pada MB. Jangan ada lagi YB PR berbuih-buih mulut memuji MB Pahang kononnya baik hati.

Ayuh bawalah misi Pakatan Rakyat, membongkar segala salah laku dan salahguna yang rakyat. Menjunjung amanah Allah mendokong amanah rakyat.

Saturday, November 7, 2009

SEMINAR PAS LULUSKAN 5 RESOLUSI

KUALA LUMPUR: PAS menetapkan sasaran untuk meningkatkan semula sokongan golongan muda terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu merupakan satu daripada lima resolusi yang diluluskan pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran parti itu hari ini.

Selain itu PAS juga akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 secara lebih proaktif.

PAS juga berusaha untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.

Resolusi lain yang dicapai ialah untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh negara.

Dalam pada itu, resolusi kelima yang diluluskan tanpa bantahan turut menggariskan usaha untuk membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional yang bertemakan 'PAS Untuk Semua'.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas seminar tersebut berkata, resolusi yang diluluskan itu akan digunakan oleh pihak pengurusan parti untuk tindakan dalaman.

Menurut beliau, kejayaan seminar pada hari ini menunjukkan parti itu sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Kita berjaya adakankan seminar dengan menghimpunkan jentera parti yang datang dari seluruh pelusok negara kerana keterbukaan secara demokratik

"Bukan sahaja memberi peluang dari dalam parti untuk mengkritik secara membina bahkah kita menerima teguran dari tokoh yang bukan di kalangan kita," katanya.

Abdul Hadi juga dengan kejayaan seminar itu juga akan memberi lebih semangat kepada PAS untuk terus memperkasakan parti bersama Pakatan Rakyat.

"InsyaAllah kita dapat menunjukan satu prestasi yang baik, mengukuhkan parti dan menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Kita konsisten dan teguh dengan Pakatan Rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina... ia perlu dikukuhkan lagi untuk melayari perjuangan dan membuat perubahan dalam negara kita," katanya.

Ditanya tidakkah beliau rasakan kritikan yang diberikan oleh tokoh-tokoh akademik yang turut sama sebagai ahli panel pada seminar ini dilihat begitu 'keras' terutamanya melibatkan kepimpinannya, Abdul Hadi berkata perkara itu merupakan isu biasa.

"Kita anggap perkara biasa, kita matang dengan kritikan, yang benar kita ambil, yang tak benar kita jawab," katanya.mstar

Friday, November 6, 2009

Dr. Aziz Bari Keterlaluan -- Ketua Pemuda PAS Pusat

oleh : Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi
http://episodeperjuangan.blogspot.com/



Dr. Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama malaysiakini .
2. Semakin lantang dan celupar kenyataannya . Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab [ tiada adab ] menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok .

3. Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau . Biarpun pedas dan keras , namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya , Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok .

4. Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya . Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi , apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS .

5. Sebagai tokoh akademi , beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan . Bukan sewenang - wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh . PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik [ dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS ] , tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai .

6. Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah agen UMNO sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro UMNO .

7. Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli - ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan ? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok ? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum ?

8. Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang agen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak . Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan .

9. Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan - kenyataan beliau . Saya berlapang dada . Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan . Alhamdulillah , perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan - tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik . Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan . PAS , pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah .

10. Tetapi beliau masih tidak berpuas hati . Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah . Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma . Ramai orang tertanya - tanya , apa sebenarnya yang beliau mahu ?

11. Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti , mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak . Akhirnya beliau [ Dr. Aziz Bari ] dan puak - puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya .

12. Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini . tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS . Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak - puaknya .

13. Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS . Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label . Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya .

14. Saya menyesal kerana hampir - hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau . Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka . Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadhir berseminar nanti . Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS , beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum ?

15. Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri , beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS . Realiti itu tiada masaalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut . Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan , beliau mestilah tampil dengan hujjah dan bukti yang kukuh . Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah .

16. Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok , Dr Aziz Bari dapat hadhir dan kemukakan hujjah serta bukti - bukti kukuh beliau . PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau .

17. Kelak , jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak - puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu , pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh agen - agen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah .

18. Sebaliknya , jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan , PAS janganlah teragak - agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prisip perjuangan dan polisi parti .

19. Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak . Kerana apabila PAS teguh dan bersatu , maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda - agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini .

20. Marilah kita cantumkan semula pecahan - pecahan hati dan rasa dikalangan kita , agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah . Biarlah orang lain bercakap , mengkritik , menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan . Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh agen musuh .